Friday, April 10, 2009

Lelaki.
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak
menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh
suaminya. BERATKAN??! Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini
wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-
lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang
lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadiperempuan.
Begitulah kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami
tak perlu taatpada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana
masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda
yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-
sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taatkepada suami tetapi lelaki
wajib taatkepada ibunya 3 kali lebih utama
dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka
kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya
dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita
pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat akan suaminya
serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada
wanita ....

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi
saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk
membela diri "

No comments:

Post a Comment